Sunday, May 25, 2014

Pergolakan Jiwa Imam al-Ghazali

"I saw for certain that I was on the brink of a crumbling bank of sand and in imminent danger of hell-fire.."
".. my tongue would not utter a single word nor could I accomplish anything at all." 
".. I could hardly swallow or digest a single mouthful of food."
"My powers became so weakened that the doctors gave up all hope of successful treatment."
Imam al-Ghazali menulis kata-kata tersebut dalam buku autobiografi beliau, al-Munqiz min al-Dalal (Deliverance from Error). Kata-kata itu menggambarkan keadaan dirinya semasa menempuh satu peringkat atau fasa yang bergolak. Sudah pasti bukan pergolakan biasa kerana beliau yang berada pada kemuncak kariernya (sebagai profesor di Universiti al-Nizamiyyah), dikenal pula sebagai seorang yang mahir dan unggul dalam berhujah, ironinya, menggambarkan dirinya tewas dan tiada harapan. Peringkat ini beliau alami sebelum menulis Ihya’ ‘Ulum al-Din (The Revival of the Religious Sciences) dan karya-karya lain berkenaan penyucian jiwa.
   
Peter Murphy - I Am My Own Name
   

6 comments:

  1. Buku yg bro kaboi review semua yg best2 n menarik..tq bro

    ReplyDelete
  2. PC Kokak,

    terima kasih untuk link W. Montgomery Watt, orientalis Barat yang menterjemahkan buku Deliverance from Error and The Beginning of Guidance ini yang mana tajuk asal terjemahan beliau ialah The Faith and Practice of al-Ghazali..

    beliau menggabungkan dua buah buku yang ditulis oleh Imam al-Ghazali iaitu al-Munqidh min al-Dalal (Deliverance from Error) dan Bidayat al-Hidayah (The Beginning of Guidance) menjadi satu buku..

    untuk pengetahuan, edisi yang ada pada saya adalah edisi semakan yang lebih lengkap (terbitan Islamic Book Trust Kuala Lumpur) kerana edisi terjemahan asal pada bahagian The Beginning of Guidance kurang satu bab..

    ---

    Rafi,

    terima kasih, buku ini khususnya Deliverance from Error memang menarik terutama kepada mereka yang ingin mengenal perjalanan hidup, perjuangan dan pemikiran Imam al-Ghazali yang mana ianya ditulis secara ringkas oleh beliau sendiri..

    banyak lagi yang perlu diulas sebenarnya sebab yang ditulis dalam entri ini hanya sebahagian kecil fasa kehidupan beliau, boleh dikatakan fasa terakhir sebelum beliau melakukan satu lagi pembaharuan yang hebat dalam bidang tazkiyah al-nafs (penyucian jiwa) atau lebih dikenali sebagai ilmu tasawwuf..

    ReplyDelete
  3. terimakaseh highlight buku ni.

    ReplyDelete
  4. Aku gagal menghayati.. mendalami bagaimana insan hebat seperti ini boleh mengalami pengolakkan seperti nie.. maksud aku,beliau berada di puncak karier dan memperjuangkan kebenaran sepanjang hidup beliau.. namun masih terasa sangat berdosa seolah neraka kesudahannya.. apakah percikkan yang memulakannya?

    P.S: Aku dah pesan buku tu, tapi x sampai lagi.. ntahlah..

    ReplyDelete
  5. rendah diri imam al ghazali...

    ReplyDelete