Saturday, January 7, 2017

Hashshāshīn: Kumpulan Pembunuh Aliran Syiah Ismaili


Hashshāshīn (حَشَّاشِين) merupakan sebuah kumpulan pembunuh bermotifkan politik yang diasaskan oleh Hassan al-Sabbah, seorang penganut Syiah Ismaili atau lebih tepat Nizari Ismaili. Pengasasnya hidup sezaman dengan Imam al-Ghazali. Dalam buku al-Munqiz min al-Dalal (Deliverance from Error), Imam al-Ghazali menyenaraikan empat kelas penuntut iaitu golongan yang menjadi kajian beliau dalam mencari kebenaran. Salah satunya ialah golongan Batiniyyah yang merujuk kepada Syiah Ismaili. Perdana Menteri Kesultanan Seljuk, Nizam al-Mulk pernah mengeluarkan arahan kepada Imam al-Ghazali selaku profesor di Universiti al-Nizamiyyah untuk membongkar kesesatan golongan kebatinan ini. Apa yang kita tahu, Nizam al-Mulk sendiri mati dibunuh (assassinated) oleh mereka!

P/S: Belum tengok filem Assassin's Creed. Game dia pun tak pernah main tapi biasa tengok kawan main kat rumah sewa dulu dan kagum dengan grafik dia yang lawa.
  

11 comments:

  1. tak tengok lagi movie ni...tapi rating teruk kat imdb dan rotten tomatoes buat kurang semangat nak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tengok pelakon2 dia dah macam mantap..

      Delete
  2. nampak cam best jer citer nie.. mungkin juga best kot..huhuh

    ReplyDelete
  3. Pun belum tgk pasal rating dia teruk
    Tapi game dia mmg best.skang banyak version dah game dia...

    ReplyDelete
  4. filem adaptasi game biasanya lebih teruk dihentam berbanding filem adaptasi novel...

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing pasal info sejarah silam assassin dan zaman kehidupan orang Islam terdahulu. Rumah kau kau ada buat librari? Ala... rak kayu then susun susun buku, tentu seronok aku lepak kat lebrari rumah kau. Aku pernah cerita, aku gi rumah orang, aku tak kavum barang mewah, barang mahal, meja dan sofa, tapi, kalau ada rak buku kat hall rumah orang tu, then aku salute giler2 dan aku hapi giler. Tak kesah la kalau buku2 aku tak minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rak mini saja yang kalau Tesco buat sale harga dlm RM15. Disebabkan buku makin bertambah, sekarang rak semua ada 4..

      Delete
  6. aku klu ceta macam ni mmg aku tak masuk lah..

    ReplyDelete
  7. Aku suka game nie disebabkan faktor teori konspirasi yang real dan sedikit suntikan eleman sejarah dalam jalan cerita.. dan yup, faktor grafik dalam game ini memang superb bro... Tapi aku lebih minat kepada edisi Assasin Creed Ezio Trilogy..

    Secara pokoknya game ni diinspirasikan daripada sebuah novel bertajuk Alamut oleh Vladimir Bartol.. (masih mencari novel ini).. Gelaran assasin diambil dari perkataan Hashish = sejenis dadah..

    Pernah jugak main Assasin Creed yang pertama dulu, kebanyakkan dalam cerita sama dengan dalam novel hampir kesemuanya.. Juga melibatkan pembunuhan Nizam al-mulk dari kerajaan seljuk..

    ReplyDelete
  8. mohon banyak lagi perkongsian dari buku al-Munqiz min al-Dalal

    ReplyDelete
  9. Hollywood selalu carried away bila too much budget. Saye pun belum tonton. Risau dikecewakan

    ReplyDelete